Hadis Sahih Muslim No. 2243 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2243. Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Janganlah seseorang kamu menunjuk-nunjukkan senjata kepada saudaranya (untuk menakut-nakuti atau mengancam). Kerana kamu tidak tahu kalau-kalau syaitan mencabut senjata itu dari tanganmu (lalu mengenai saudaranya), kemudian kamu jatuh ke lubang neraka." |