Hadis Sahih Muslim No. 2239 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2239. Dari Hisyam bin Hakim bin Hizam r.a. katanya dia pernah lewat di Syam, lalu bertemu dengan beberapa orang yang sedang dijemur di panas matahari dan kepala mereka dituang dengan minyak. Maka bertanya Hisyam, "Apa ini yang terjadi?" Dijawab orang, "Mereka diseksa kerana tidak membayar pajak." Kata Hisyam, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala pasti akan menyeksa pula orang-orang yang melakukan penyeksaan di dunia." |