Hadis Sahih Muslim No. 2232 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2232 Dari Ummu Kaltsum binti 'Uqbah bin Abi Muaith - dia termasuk muhajirat yang pertama-tama berbaiat dengan Nabi saw. mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak termasuk pendusta orang yang memperdamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan baik." Kata Ibnu Syihab, "Aku tidak pernah mendengar Rasulullah saw membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal: (1) Dalam perang. (2) Dalam mendamaikan dua orang yang berselisih. (3) Berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya." |