Hadis Sahih Muslim No. 2221 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2221. Dari 'Aisyah r.a., katanya ada seorang lelaki minta izin masuk ke rumah Rasulullah saw., maka bersabda beliau, "Biarkanlah dia masuk, justru kerana dia jahat." Setelah orang itu masuk, ternyata Rasulullah saw. bersikap sangat lemah lembut kepadanya. Kerana itu aku bertanya kepada beliau. "Ya, Rasulullah! Tadi Anda mengatakan bahawa orang itu sangat jahat, ternyata Anda bersikap sangat lemah lembut kepadanya." Jawab beliau, "Sesungguhnya seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat, ialah orang yang dibiarkan saja oleh orang ramai (berbuat sesukanya) kerana takut kejahatannya." |