Hadis Sahih Muslim No. 2219 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2219. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tahukah kamu apa yang dikatakan Ghibah (mengumpat)?" Jawab para sahabat, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Sabda Rasulullah saw., "Ghibah, iaitu mempercakapkan saudara mu tentang hal yang tidak disukainya." Ditanya orang beliau, "Bagaimana kalau yang kami percakapkan itu ternyata memang benar?" Jawab beliau, "Jika yang kamu ucapkan ternyata benar, bererti engkau menggumpat. Dan Jika tidak benar, bererti engkau melakukan suatu kebohongan tentang dirinya." |