Hadis Sahih Muslim No. 2214 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2214. Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya: "Kami berada bersama-sama Nabi saw. dalam suatu peperangan. Tiba-tiba seorang lelaki Muhajirin memukul seorang lelaki Ansar. Maka berkata orang-orang Ansar mengelukan. "Ayuh, Ansar!" dan orang-orang Muhajirin mengelukan lelaki Muhajirin, "Ayuh, Muhajirin!" Maka bersabda Rasulullah saw.. "Mengapa berteriak-teriak seperti orang jahiliyah!" Jawab mereka. "Ya, Rasulullah! Seorang lelaki Muhajirin memukul lelaki." Sabda Nabi saw., "Jangan berteriak-teriak! Kerana berteriak itu keji!" Abdullah bin Ubay mendengar peristiwa tersebut lalu dia berkata. "Mereka telah melakukan hal itu. Demi Allah, jika kita kembali ke Madinah, nescaya orang-orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah." Kata Umar, "Izinkanlah aku memukul tengkok si munafik itu!" Sabda Nabi saw., "Jangan! Nanti orang akan berkata bahawa Muhammad membunuh saudaranya." |