Hadis Sahih Muslim No. 2208 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2208. Dari Abu Dzar r.a. dari Nabi saw., beliau bersabda bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Hai hamba ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Ku haramkan pula atas diri mu. Kerana itu janganlah kamu berlaku zalim! Hai hambaKu! Kamu sekalian sesat, melainkan orang yang dapat petunjuk daripadaKu. Kerana itu mohonlah petunjuk kepadaKu, Ku tunjuki kamu. Hai, hambaKu! Kamu sekalian lapar, melainkan orang yang Ku beri makan. kerana itu mintalah makan kepada Ku, Ku beri kamu makan. Hai, hamba Ku! Kamu sekalian telanjang, melainkan orang yang Ku beri pakaian, kerana itu mintalah pakaian kepadaKu, Ku beri kamu pakaian. Hai, hambaKu! Kamu sekalian banyak bersalah siang dan malam. Padahal Aku bersedia mengampuni segala dosa semuanya. Kerana itu minta ampunlah kepada Ku, Ku ampuni kamu. Hai, hambaKu! Kamu tidak akan dapat memberikan mudharat kepadaKu. Seandainya kamu dapat. tentulah kamu telah memudharatiKu. Dan kamu tidak dapat memberikan manfaat kepadaKu. Seandainya kamu dapat tentu kamu telah memanfaati Ku. Hai, hambaKu! Seandainya orang-orang yang sebelum dan sesudah kamu. manusia maupun jin, lebih taqwa daripada orang yang paling taqwa di antara kamu. maka hal itu tidak akan menambah sesuatu apa bagi kekuasaanKu. Hai, hambaKu! Seandainya orang-orang yang sebelum dan sesudah kamu, manusia maupun jin, lebih durhaka daripada orang yang paling durhaka di antara kamu sekalian, maka hal itu tidaklah mengurangi sesuatu apa bagi kekuasaanKu. Hai, hambaKu! Seandainya orang yang sebelum dan sesudahmu, manusia maupun jin, mereka berkumpul pada suatu tempat yang luas, lalu mereka meminta kepadaKu dan Ku penuhi permintaan mereka itu semuanya, maka hal itu tidak akan mengurangi sesuatu apa dalam perbendaharaanKu. Melainkan hanya seperti berkurangnya sebuah jarum bila dimasukkan ke dalam laut. Hai, hambaKu! Hanya amal kamu sajalah yang ku perhitungkan untukmu, lalu ku bayar penuh pahalanya. Maka siapa yang beroleh kebaikan, hendaklah dia memuji Allah Taala, dan siapa yang beroleh lain dari kebaikan, maka janganlah dia mencela siapa-siapa kecuali akan dirinya sendiri (kerana dia yang bersalah)." |