Hadis Sahih Muslim No. 2188 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2188. Dari Abu Hurairah katanya "Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya aku mempunyai karib kerabat. Aku sentiasa menghubungkan silaturrahim kepada mereka, tetapi mereka memutusnya. Aku sentiasa baik kepada mereka tetapi mereka jahat kepada ku. Aku sentiasa santun kepada mereka tetapi mereka jahat kepada ku. Bagaimana itu?" Jawab Nabi saw., "Jika benar engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkau telah menyebabkan mereka menjadi bosan. Tetapi Allah sentiasa akan menolong terhadap mereka selama kamu tetap berlaku demikian." |