Hadis Sahih Muslim No. 2174 Jilid 4 Topik adalah Rasul 2174. Dari Abu Musa r.a. katanya : "Nabi saw. ditanya orang tentang beberapa soal, yang sesungguhnya pertanyaan itu tidak disukai beliau. Maka tatkala pertanyaan-pertanyaan itu bertambah banyak, Rasulullah saw. marah. Kemudian beliau berkata kepada orang ramai, "Tanyalah kepada ku apa yang kalian hendak tanyakan!" Maka bertanya seorang lelaki. "Siapa bapaku?" Jawab beliau. "Bapamu Hudzafah!" Dan bertanya pula yang lain, "Siapa bapaku, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Bapamu, Salim maula Syaibah!" Tatkala 'Umar melihat wajah Rasulullah saw. menunjukkan kemarahan, maka berkata 'Umar, "Ya, Rasulullah! Kami taubat kepada Allah." |