Hadis Sahih Muslim No. 2165 Jilid 4 Topik adalah Rasul 2165. Dari Saib bin Yazid r.a. katanya: "Bibiku pergi bersama-sama dengan ku kepada Rasulullah saw., lalu bibi berkata kepada beliau. "Anak lelaki saudara ku sakit." Maka beliau pegang kepala ku, kemudian beliau mendoakan keberkatan bagi ku. Sesudah itu beliau berwuduk lalu ku minum sisa air wuduknya. Kemudian aku berdiri (solat) di belakang beliau. Aku terlihat cap beliau terletak antara kedua bahu kira-kira sebesar telur burung." ' |