Hadis Sahih Muslim No. 2163 Jilid 4 Topik adalah Rasul 2163. Dari Jabir bin Samurah r.a. katanya: "Rambut Nabi saw. kelihatan bercampur putih di kepala bahagian muka dan di janggut beliau, tetapi apabila telah beliau minyaki tidak nyata kelihatan. Apabila rambut beliau kusut barulah jelas kelihatan. dan janggut beliau tebal." Lalu bertanya seseorang. "Apakah wajah beliau seperti pedang?" Jawab Jabir. "Tidak! Bahkan bundar seperti matahari dan bulan. Dan aku melihat sebuah cap di bahunya kira-kira sebesar telur merpati." Dia serupa dengan warna tubuh beliau." |