Hadis Sahih Muslim No. 2155 Jilid 4 Topik adalah Rasul 2155. Dari 'Aisyah r.a. katanya Harits bin Hisyam pernah bertanya kepada Nabi saw., "Bagaimana caranya wahyu datang kepada Anda?" Jawab beliau, "Kadang-kadang wahyu datang kepada ku seperti bunyi lonceng. Itulah yang paling berat bagi ku. Kemudian bunyi terputus, namun aku telah hafal dan faham maksudnya. Kadang-kadang malaikat datang menyerupai bentuk seseorang lelaki, lalu aku hafal dan faham apa yang dikatakannya." |