Hadis Sahih Muslim No. 2144 Jilid 4 Topik adalah Rasul 2144. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. pernah menjanjikan kepadanya. "Jikalau kita beroleh harta (rampasan) dari Bahrain, nanti ku beri engkau sebegini, sebegini. Sambil beliau memberi isyarat dengan kedua belah tangannya bersamaan. Tetapi sebelum memperoleh harta itu beliau telah wafat. Sesudah itu Abu Bakar menggantikan beliau memerintah. Dia memerintahkan supaya mengumumkan suatu pengumuman: "Siapa yang pernah dijanjikan sesuatu oleh Rasulullah saw. atau beliau mempunyai hutang kepadanya, hendaklah dia datang kepada ku menagihnya!" Lalu aku datang kepada Abu Bakar seraya berkata: "Sesungguhnya Nabi saw. pernah berkata kepada ku, "Jika kita beroleh harta dari Bahrain, nanti ku beri engkau sebegini, sebegini dan sebegini." Abu Bakar meraup satu kali. Lalu diberikannya kepada ku. Kemudian katanya. "Hitunglah!" Setelah ku hitung ternyata ada lima ratus. Kemudian dia berkata pula, "Ambillah dua kali sebanyak itu lagi." |