Hadis Sahih Muslim No. 2139 Jilid 4 Topik adalah Rasul 2139. Dari Anas r.a. katanya: "Rasulullah saw. adalah orang yang paling indah budi pekertinya. Pada suatu hari beliau menyuruh ku untuk suatu keperluan. Demi Allah, aku tidak pernah berpergian untuk keperluanku sendiri, tetapi selamanya aku pergi untuk melaksanakan perintah yang diperintahkan Nabi saw. kepada ku. Pada suatu ketika aku pergi dan kebetulan bertemu dengan beberapa orang anak sedang bermain-main di pasar. Tiba-tiba Rasulullah saw. meraba tengkuk ku dari belakang. Aku menengok kepada beliau, dan beliau tersenyum. Lalu kata beliau. "Hai, Anas kecil! Sudahkah engkau laksanakan apa yang ku suruhkan?" Jawab ku, "Sudah. ya Rasulullah! Aku sudah pergi." Kata Anas selanjutnya. "Aku menjadi pelayan Nabi saw. selama sembilan tahun. Beliau tidak pernah (memarahi ku jika aku salah dengan) berkata: "Kenapa engkau berbuat begitu!" Atau jika aku lupa, "Kenapa tidak engkau kerjakan begini atau begitu!" |