Hadis Sahih Muslim No. 2137 Jilid 4 Topik adalah Rasul 2137. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril tetap menemui beliau tiap-tiap malam, hingga habis Ramadhan Rasulullah saw. memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Di hari-hari Jibril mendatanginya, beliau tambah giat berbuat kebajikan melebihi angin lalu." |