Hadis Sahih Muslim No. 2136 Jilid 4 Topik adalah Rasul 2136.Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Rasulullah saw. adalah orang yang paling baik, paling pemurah, dan paling berani. Pada suatu malam penduduk Madinah dikejutkan oleh suatu suara, lalu orang banyak keluar ke arah datangnya suara itu. Di tengah jalan mereka bertemu dengan Rasulullah saw. hendak pulang. Rupanya beliau telah mendahului mereka pergi ke tempat datangnya suara itu. Beliau mengenderai kuda yang dipinjamnya dari Abu Thalhah, sambil menyandang pedang. Sabda beliau, "Jangan panik! Jangan panik!" Kata Anas, "Kami dapati beliau memang santai-santai saja, dan berkuda perlahan-lahan." |