Hadis Sahih Muslim No. 2118 Jilid 4 Topik adalah Mimpi 2118. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya : "Musailimah Al Kadzdzab (Musailimah si Pembohong) pernah datang ke Madinah pada masa Rasulullah saw., lalu dia berkata: "Jika Muhammad mewariskan kenabiannya kepada ku sepeninggalnya, aku ikuti dia." Dia datang ke Madinah dengan rombongan besar terdiri dari kaumnya. Lalu Nabi saw. datang menghadapinya berdua dengan Tsabit bin Qais bin Syammas. Ketika itu Nabi saw. memegang sepotong pelepah kurma. Setelah berhadapan dengan Musailimah dan pengikutnya, beliau bersabda: "Seandainya engkau meminta pelepah kurma ini kepada ku, itu pun tidak akan ku berikan kepada mu. Apalagi akan menyerahkan urusan Allah. Jika engkau tidak mematuhi ku, Allah akan memusnahkan mu. Sesungguhnya aku telah bermimpi kebinasaanmu yang ku saksikan dalam mimpi ku itu. lnilah Tsabit yang akan menjawab (menentang) mu menggantikan ku!" Kemudian beliau pergi meninggalkan Musailimah si pembohong. Kata Ibnu 'Abbas selanjutnya "Aku bertanya (kepada Abu Hurairah) tentang ucapan Nabi saw. mengenai mimpi beliau itu. Jawab Abu Hurairah, Nabi saw. pernah berkata, "Ketika aku tidur, aku bermimpi kedua belah tangan ku memakai gelang emas, dan aku mencemaskan keduanya. Lalu diwahyukan Allah kepada ku dalam tidur itu, supaya aku meniup kedua-duanya. Maka ku tiup kedua duanya sehingga lenyap. Aku mentakwilkan mimpi itu, bahawa nanti sepeninggal ku akan muncul dua orang pembohong (Nabi palsu), yang seorang ialah Al 'Ansi, pemimpin dari Shan'a, dan yang seorang lagi ialah Musailimah, pemimpin Yamamah." |