Hadis Sahih Muslim No. 2117 Jilid 4 Topik adalah Mimpi 2117. Dari Abu Musa r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Aku bermimpi dalam tidurku bahawa aku hijrah dari Mekah ke suatu negeri yang berpohon kurma. Aku menduga bahawa negeri itu ialah Yamamah atau Hajar. Kiranya adalah kota Yatsrib. Dan ku lihat pula dalam mimpi ku itu bahawa aku menghunus sebuah pedang lalu pedang itu patah di tengah. Kiranya itu adalah musibah yang menimpa kaum mukmin dalam peperangan Uhud. Kemudian ku hunus sekali lagi, ternyata pedang itu bagus seperti seperti semula. Rupanya itu adalah kemenangan yang dikurniakan Allah, serta persatuan kaum mukmin. Ku lihat pula dalam mimpi ku itu seekor sapi, dan Allah Maha Baik. Rupanya sejumlah orang-orang mukmin yang syahid dalam medan perang Uhud dan pahala yang diberikan Allah sesudah itu berupa kebaikan, serta pahala kejujuran yang diberikan Allah sesudah perang Badar." |