Hadis Sahih Muslim No. 2116 Jilid 4 Topik adalah Mimpi 2116. Dari Nafi r.a. katanya 'Abdullah bin 'Umar bercerita kepadanya, bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda: "Aku bermimpi dalam tidurku, bahawa aku sedang menggosok gigi dengan siwak (sejenis kayu). Lalu siwak (Sugi) itu diminta oleh dua orang lelaki, yang satu lebih tua daripada yang lain. Maka ku berikan kepada yang muda. Tetapi ada orang berkata kepada ku, "Berikan kepada yang tua!" katanya. Lalu ku berikan kepada yang tua." |