Hadis Sahih Muslim No. 2115 Jilid 4 Topik adalah Mimpi 2115. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Semalam aku bermimpi sebagaimana lazimnya orang bermimpi. Rasanya kami seperti berada di rumah 'Uqbah bin Rafi', lalu kami diberi orang sejenis kurma yang disebutnya 'Kurma Ibnu Thab'. Maka ku takwilkan erti mimpi itu, ialah bahawa kita akan mendapat kemuliaan di dunia dan di akhirat, dan bahawa agama kita sesungguhnya agama yang benar." |