Hadis Sahih Muslim No. 2098 Jilid 4 Topik adalah Haiwan 2098. Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah saw. pernah bercerita: "Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia menemukan sebuah sumur, maka dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah ketika kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya. "Alangkah hausnya anjing itu seperti yang baru ku alami." Lalu dia turun kembali ke sumur diceduknya air dengan sepatunya dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya." Para sahabat bertanya. "Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan-haiwan ini?" Jawab Rasulullah saw."Menyayangi setiap makhluk hidup berpahala." |