Hadis Sahih Muslim No. 2091 Jilid 4 Topik adalah Haiwan 2091. Dari Salim r.a., dari bapanya, dari Nabi saw. sabdanya: "Bunuhlah semua ular, terutama ular bergaris dua putih di punggungnya dan ular ekor pendek, kerana keduanya dapat menggugurkan kandungan perempuan hamil dan membutakan mata." Kata Salim, "Kerana itu Ibnu Umar membunuh setiap ular yang ditemuinya. Pada suatu ketika Abu Lubabah bin 'Abdul Mundzir - atau Zaid bin Khaththab melihatnya sedang mengejar ular hendak dibunuhnya. Lalu kata Abu Lubabah, "Sesungguhnya telah dilarang Rasulullah membunuh ular-ular kecil yang bersarang di rumah-rumah." |