Hadis Sahih Muslim No. 2074 Jilid 4 Topik adalah Salam 2074. Dari Amir bin Sa'ad bin Abi Waqqash, dari bapanya r.a., bahawa Amir mendengar bapanya (Sa'ad bin Abi Waqqash) bertanya kepada Usamah bin Zaid, katanya: "Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw. tentang penyakit tha'un?" Jawab Usamah, "Rasulullah saw. bersabda: Tha'un (wabak kolera) adalah semacam azab (seksaan) yang diturunkan Allah kepada Bani Israil atau kepada umat yang sebelum kamu. Maka apabila kamu, mendengar penyakit taun berjangkit di suatu negeri, janganlah kamu datang ke negeri itu. Dan apabila penyakit itu berjangkit di negeri tempat kamu berada, janganlah kamu keluar dari negeri itu untuk melarikan diri daripadanya." |