Hadis Sahih Muslim No. 2064 Jilid 4 Topik adalah Salam 2064. Dari Abu Sa'id AI Khuuri ra. katanya: "Beberapa orang sahabat melakukan perjalanan jauh dan berhenti untuk istirehat pada salah satu perkampungan 'Arab, lalu mereka minta dijamu oleh penduduk kampung itu. Tetapi penduduk enggan menjamu mereka. Penduduk bertanya kepada para sahabat, "Adakah di antara Tuan-tuan yang pandai mentera? Ketua kampung kami digigit serangga." Menjawab seorang sahabat, "Ya, ada! Kemudian dia mendatangi ketua kampung itu dan mementerainya dengan membacakan surah Al-Fatihah. Maka, ketua kampung itu pun sembuh. Kemudian sahabat itu diberi upah lebih kurang tiga puluh ekor kambing. Tetapi dia enggan menerima seraya mengatakan, "Tunggu! Aku akan Menanyakannya lebih dahulu kepada Nabi saw., apakah aku boleh menerimanya." Lalu dia datang kepada Nabi saw. menanyakan hal itu, katanya, "Ya, Rasulullah! Demi Allah, aku telah mementerai seseorang dengan membacakan surat Al Fatihah." Beliau tersenyum mendengar cerita sahabatnya dan bertanya, "Bagaimana engkau tahu Al-Fatihah itu mentera?" Kemudian sabda beliau pula "Terimalah pemberian mereka itu dan masukkan sahamku bersama-sama denganmu." |