Hadis Sahih Muslim No. 2052 Jilid 4 Topik adalah Salam 2052. Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Apabila salah seorang di antara kami sakit, Rasulullah saw. memegangnya dengan tangan kanan, lalu beliau ucapan "Idzhabil ba'sa rabban naas, wasyfi, antasy syaafi, laa syifaa-a illa syifaauka, syifaa-an laa yughaadiru saqaman."(Hilangkanlah penyakit si sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkaulah Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan daripadaMu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan bekas rasa sakit) Maka tatkala beliau sakit dan sakitnya bertambah berat ku pegang tangan beliau hendak membacakan mentera seperti yang pernah beliau lakukan kepada kami. Tetapi beliau menarik tangannya dari tangan ku, kemudian beliau ucapkan, "Allaummagh firli. waj'alni ma 'arrafiiqil a'la"(Wahai Allah, ampunilah aku dan tempatkanlah aku bersama teman di tempat yang tertinggi) Lalu ku tengok beliau, kiranya beliau telah tiada." |