Hadis Sahih Muslim No. 2050 Jilid 4 Topik adalah Salam 2050. Dari Aisyah ra. katanya: "Seorang Yahudi dari Bani Zuraiq, bernama Labid bin Asham, menyihir Rasulullah saw. sehingga beliau mengigau kerananya. Yaitu bahawa beliau rasanya melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya. Kerana itu pada suatu hari atau suatu malam beliau mendoa, kemudian mendoa dan mendoa. Sesudah itu beliau bertanya kepada 'Aisyah. "Ya. 'Aisyah! Ingatkah engkau bahawa Allah swt. pernah memberitakan kepada ku tentang kedatangan dua orang laki-laki. yang satu duduk dekat kepala ku dan yang satu lagi dekat kedua kaki ku. Lalu orang yang dekat kepala ku bertanya kepada orang yang dekat kaki ku atau sebaliknya. "Apakah sakit orang ini?" Jawabnya. "Kena sihir!" Tanya. "Siapa yang menyihirnya?' Jawab, "Labid bin Asham!" Tanya. "Dengan apa disihirnya?" Jawab. "Pakai sisir dan rambut yang rontok bersama sisir itu serta mayang kurma kering." Tanya, "Di mana sekarang?" Jawab, "Di sumur Dzi Arwan." Kata ' Aisyah, "Rasulullah saw. pergi mencari barang-barang itu ditemani beberapa orang sahabat. Kemudian beliau bersabda, "Ya Aisyah. Ku lihat air sumur itu kemerah-merahan warnanya, sedang pohon kurmanya kelihatan bagaikan kepala syaitan." Lalu aku bertanya, "Apakah Anda tidak membakarnya?" Jawab Nabi saw., "Tidak! Kerana Allah swt. telah menyembuhkan ku dan aku tidak ingin membalas kejahatan orang; oleh sebab itu ku suruh kuburkan saja!" |