Hadis Sahih Muslim No. 2045 Jilid 4 Topik adalah Salam 2045. Dari Asma' binti Abu Dakar r.a.katanya: Aku kahwin dengan Zubair. sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa. Tidak punya pelayan dan sebagainya. selain hanya. seekor kuda. Kerana itu akulah yang memberi makan kuda dan merawat serta melatihnya. Aku pula yang menumbuk biji kurma untuk makan. menyediakan makan dan minumnya. dan aku pula yang menjahit dan memasak. Tetapi aku tidak pandai membuat roti. Kerana itu roti kami dibuatkan oleh tetangga kami orang-orang Ansar. Mereka adalah wanita-wanita yang baik. Kata Asma' selanjutnya. "Aku juga menjunjung buah kurma dikepala ku dari kebun yang diperuntukkan Rasulullah saw. kepada Zubair. membawanya sejauh dua farsakh. Pada suatu hari aku membawa buah kurma yang ku junjung di kepala ku. Di tengah jalan aku bertemu dengan Rasulullah saw. beserta beberapa orang sahabatnya. "lkh! Ikh!" kata beliau menghentikan dan menyuruh untanya berlutut untuk membonceng ku di belakangnya. "Tetapi aku malu, dan aku tahu bahawa engkau pencemburu." kata Asma' kepada Zubair suaminya. Jawab Zubair, "Demi Allah, sesungguhnya bebanmu menjunjung buah kurma di kepalamu, bagi ku terasa lebih berat daripada engkau membonceng dengan beliau." Kata Asma' selanjutnya, Akhirnya,sesudah kejadian itu Abu Bakar, ayah ku, mengirim seorang pelayan untuk kami. Dia mengambil alih pemeliharaan kuda menggantikan ku. Rasanya seolah-olah aku terbebas dari beban dan kerja berat." |