Hadis Sahih Muslim No. 2025 Jilid 4 Topik adalah Salam 2025. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hak seorang muslim terhadap seorang muslim enam perkara." Lalu beliau ditanya orang, "Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, (1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah Salam kepadanya. (2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, kunjungilah dia. (6) Dan bila dia meninggal, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur." |