Hadis Sahih Bukhari No. 2022 Jilid 4 Topik adalah Perintah 2022, Dari Amru bin Taghlib r.a. katanya:Dibawa kepada Nabi saw. harta, lalu beliau beri suatu kaum, sedang yang lain tidak beliau beri. Kemudian sampai kepada beliau, bahawa ada orang yang mencela. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya ada orang yang aku beri dan ada yang tidak ku beri, sedang yang tidak ku beri itu lebih ku cintai dari orang yang ku beri. Aku beri kaum kerana mereka dalam hatinya ada perasaan keluh kesah dan loba, sedang kaum (yang tidak aku beri) ku serahkan kepada kekayaan dan kebaikan yang telah diadakan Allah dalam hati mereka, di antaranya Amru bin Taghlib." Kata Amru: "Saya tiada menyukai perkataan Rasulullah itu diganti dengan memperoleh binatang ternak." |