Hadis Sahih Bukhari No. 2020 Jilid 4 Topik adalah Perintah 2020, Dari Anas r.a. katanya: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Apabila telah terjadi kiamat, aku diberi hak untuk menolong. Lalu aku memohon: "Ya Tuhan ku! Masukkanlah ke dalam syurga orang yang dalam hatinya ada (iman) sebesar biji sawi!" Lalu mereka masuk syurga. Kemudian itu aku bermohon lagi: "Masukkanlah ke dalam syurga orang yang ada dalam hatinya (keimanan) biarpun sangat kecil." Kata Anas: "Seolah-olah saya melihat anak jari Rasulullah saw. (menggambarkan kecilnya)." |