Hadis Sahih Muslim No. 2015 Jilid 4 Topik adalah Adab 2015. Dari Abu Said AI Khudri r.a. katanya: "Ketika aku duduk dalam suatu majlis Ansar di Madinah, tiba-tiba datang Abu Musa tergopoh-gopoh. Lalu kami tanyai dia, "Apa khabar Anda?" Jawab Abu Musa, 'Umar (bin Khathab) memanggil ku supaya aku datang menemuinya. Setelah aku tiba di muka pintunya, aku memberi salam sampai tiga kali, tetapi tidak ada jawaban. Kerana itu aku pulang saja kembali. Kemudian 'Umar menanyai ku, 'Mengapa engkau tidak datang, apa halanganmu?" Jawab ku, "Aku telah mendatangi Anda dan memberi salam di muka pintu rumah Anda tiga kali tetapi tidak ada jawaban. Kerana itu aku pulang saja kembali. Rasulullah saw. telah bersabda. "Apabila kamu telah minta izin (memberi salam) tiga kali tidak dijawab. pulang sajalah kembali. Kata 'Umar."Adakan saksi atas keteranganmu itu. Kalau tidak ku hukum engkau!" |