Hadis Sahih Bukhari No. 2006 Jilid 4 Topik adalah Perintah 2006, Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Saya bermalam di rumah Maimunah (isteri Nabi) pada suatu malam. ketika Nabi saw. ada di situ kerana saya hendak memperhatikan bagaimana solat beliau di waktu malam. Beliau bercakap-cakap dengan isterinya barang sesaat, kemudian itu beliau tidur. Setelah sampai sepertiga yang terakhir dari malam hari atau seperti dua, beliau duduk dan memandang ke langit, lalu membaca: "Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi.." sampai kepada "untuk orang berakal." Kemudian itu beliau berdiri dan berwuduk serta membersihkan gigi, lalu solat sebelas rakaat. Sesudah itu, bilal azan untuk solat Subuh, lalu Nabi solat dua rakaat lagi dan keluar dari rumahnya dan solat Subuh menjadi imam bagi orang banyak. |