Hadis Sahih Bukhari No. 2003 Jilid 4 Topik adalah Perintah 2003, Dari Jarir r.a. katanya: Ketika kami sedang duduk dekat Nabi saw. beliau memperhatikan bulan di malam purnama. Beliau bersabda: "Sesungguhnya kamu nanti akan melihat Tuhan kamu, sebagaimana kamu melihat bulan ini dan kamu tidak berdesak-desak untuk melihatNya. Dan kalau kamu sanggup tidak ketinggalan dalam mengerjakan solat sebelum matahari terbit (Subuh) dan solat yang sebelum matahari terbenam (Asar) perbuatlah!" |