Hadis Sahih Bukhari No. 2002 Jilid 4 Topik adalah Perintah 2002, Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: Datang kepada kamu dengan bergiliran malaikat yang bertugas di waktu malam dan malaikat yang bertugas di waktu siang. Mereka berkumpul ketika solat Subuh. Maka naiklah malaikat yang bersama kamu di malam hari, lalu Tuhan menanyakan kepada mereka, padahal Dia lebih tahu tentang keadaan kamu menanyakan: "Bagaimana keadaan hambaKu ketika kamu tinggalkan?" Mereka menjawab: "Kami tinggalkan ketika mereka sedang solat dan kami datang ketika mereka juga sedang solat." |