Hadis Sahih Bukhari No. 2000 Jilid 4 Topik adalah Perintah 2000, Dari Mughirah r.a. katanya: "Sa'ad bin 'Ubadah menciptakan: "Kalau kiranya saya melihat laki-laki berlaku serong dengan isteriku, nescaya laki-laki itu saya tetak dengan pedang bukan dengan punggungnya." Ucapan itu sampai kepada Rasulullah saw. lalu beliau berkata: ''Mengapa kamu hairan melihat cemburu Sa'ad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya. Dan Allah lebih cemburu dari ku. kerana itu dilarangNya mengerjakan perbuatan keji, baik yang terang ataupun yang tersembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf selain dari Allah, dan kerana itu diutusNya orang-orang yang akan memberikan berita gembira dan orang-orang yang memberikan peringatan. Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih dari Allah dan kerana itu (untuk orang memujiNya) dijanjikanNya syurga. |