Hadis Sahih Muslim No. 1992 Jilid 4 Topik adalah Hias 1992. Dari Aisyah r.a. katanya dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah saw. melihat bantal-bantal tersebut beliau berhenti di pintu dan tidak terus masuk. Aku segera tahu dari wajah beliau bahawa beliau tidak senang. Kata Aisyah, Rasulullah! Aku taubat kepada Allah, dan Rasul-Nya. Apakah kiranya salahku?" Rasulullah saw. balik bertanya. "gambar-gambar apa itu?" "Jawab Aisyah." Aku beli untuk tempat duduk Anda, atau tempat Anda bersandar:' Sabda Rasulullah saw.. "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa kelak di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka, "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!"Kemudian sabda beliau. "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke rumah itu." |