Hadis Sahih Bukhari No. 1990 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1990, Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikirapkannya (dikipasnya) dengan ujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya: "Dengan nama Engkau, ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika Engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan), hendaklah Engkau pelihara, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh!" |