Hadis Sahih Bukhari No. 1980 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1980, Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Ketika Nabi saw. mengutus Muaz ke negeri Yaman, beliau mengatakan kepadanya: "Sesungguhnya engkau akan datang kepada kaum Ahli Kitab. Maka hendaklah mereka engkau panggil lebih dahulu, supaya mereka mengakui Keesaan Allah. Apabila mereka telah mengetahui (mengakui) hal itu, ceritakanlah kepada mereka, bahawa Allah mewajibkan kepada mereka solat lima kali dalam sehari semalam. Setelah mereka mengerjakan solat, beritakanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka membayar zakat harta, diambil dari orang yang kaya di antara mereka diberikan kepada orang miskin. Setelah mereka mengakui hal itu, ambillah dari mereka dan jauhilah mengambil harta yang berharga kepunyaan orang banyak." |