Hadis Sahih Bukhari No. 1977 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1977, Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya kamu mengemukakan bahawa Abu Hurairah terlampau banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah saw. sedang Allah memberikan ancaman (kepada orang-orang yang membuat hadis palsu). Sesungguhnya saya ini seorang miskin yang tetap mengikuti Rasulullah saw. dengan perut kenyang. Kaum Muhajirin sibuk jual beli di pasar-pasar, sedang kaum Ansar sibuk mengurus harta mereka. Saya hadir dekat Rasulullah saw. pada suatu hari dan beliau berkata: "Siapakah yang hendak mengembangkan cadarnya sampai selesai ucapanku. sesudah itu dilipatnya, maka dia tiada akan lupa sedikit pun apa yang didengarnya dari aku." Lalu jubah yang saya pakai saya kembangkan. Demi Allah yang mengutus beliau membawa kebenaran, saya tidak lupa sedikit pun apa yang saya dengar dari beliau. |