Hadis Sahih Muslim No. 1975 Jilid 4 Topik adalah Hias 1975. Dari Abdullah bin 'Ukaim r.a. katanya: "Kami berada di Madain bersama Hudzaifah. Hudzaifah minta minum lalu diberi minum oleh pembesar negeri itu dalam bejana perak. Maka dilemparkan bejana itu oleh Hudzaifah seraya katanya, "Ku khabarkan kepada mu bahawa aku telah memerintahkan kepadanya untuk tidak memberi ku minum dalam bejana perak. Kerana sesungguhnya Rasulullah saw. telah bersabda: "Jangan minum dalam bejana emas atau perak dan jangan memakai sutera kembang atau sutera biasa, kerana sesungguhnya barang-barang itu untuk mereka (orang-orang kafir) di dunia, dan untuk kamu kelak di akhirat." |