Hadis Sahih Bukhari No. 1975 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1975, Dari Abu' Sa'id Al Khudri r.a., dan Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. mengutus seorang kaum Bani Adi Al Ansari dan diangkat untuk memerintah di Khaibar. Kemudian itu, dia datang membawa kurma yang baik. Rasulullah saw. bertanya: "Seperti inikah semua kurma Khaibar?" Jawabnya: "Tidak, ya Rasulullah! Kami beli segantang dengan dua gantang." Rasulullah bersabda: "Jangan kamu perbuat begitu, melainkan sama banyak atau kamu jual ini dan kamu beli itu menurut harganya. Begitu pula menimbang (sama berat)." |