Hadis Sahih Bukhari No. 1974 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1974, Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Ketika kami bersama-sama dalam masjid, Rasulullah saw. datang dan mengatakan: "Mari kita pergi kepada orang Yahudi!" Lalu kami pergi bersama-sama dengan beliau, sehingga sampai ke satu rumah tempat belajar. Nabi saw. berdiri menyeru mereka dan mengucapkan: "Hai orang-orang Yahudi! Islamlah, nanti kamu selamat!" Mereka menjawab: " Engkau sudah menyampaikan, hai Abu Kasim!" Rasulullah saw. berkata lagi: "Ini yang aku maksud, Islamlah, nanti kamu selamat!" Mereka menjawab: Engkau telah menyampaikan, hai Abu Kasim! Rasulullah saw. mengatakan kepada mereka: Ini yang aku maksud." Beliau mengucapkan kali yang ketiga. Kemudian itu Nabi bersabda: "Ketahuilah olehmu, bahawa negeri ini kepunyaan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya aku hendak mengusir kamu dari negeri ini. Sebab itu, siapa yang mempunyai harta hendaklah dijualnya. Kalau tidak, ketahuilah bahawa negeri ini kepunyaan Allah dan RasulNya!" |