Hadis Sahih Bukhari No. 1969 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1969, Dari Ibnu Abbas r.a. (ada seorang bertanya kepadanya): "Adakah engkau menghadiri solat Hari Raya bersama Nabi saw"?" Jawabnya: "Ada! Kalau tidak ada hubungan yang dekat, tentu saya tidak akan menghadiri kerana saya masih kecil. Suatu tempat diberi tanda dekat rumah Katsir bin Shalti, lalu beliau solat di situ dan kemudian berkhutbah." Ibnu Abbas tidak menyebut azan dan qamat. Kemudian Nabi menyuruh bersedekah dan orang-orang perempuan membuka subang dan kalungnya. Nabi menyuruh Bilal datang kepada perempuan-perempuan itu, kemudian dia kembali kepada Nabi saw. (membawa sedekah). |