Hadis Sahih Muslim No. 1967 Jilid 4 Topik adalah Hias 1967. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki Ansar kedatangan tetamu dan bermalam di rumahnya. Padahal dia tidak mempunyai makanan selain makanan anak-anaknya. Maka berkata dia kepada isterinya. "Tidurkan anak-anak dan padamkan lampu. Sesudah itu hidangkan kepada tetamu kita apa adanya." Kata Abu Hurairah. "Kerana peristiwa itu maka turunlah ayat: "Dan mereka lebih mementingkan tetamu dari diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan. (Al Hasyar. 59:9) |