Hadis Sahih Bukhari No. 1966 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1966, Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang perempuan datang kepada Nabi saw. bertanya: "Ibu saya bernazar akan mengerjakan haji, tetapi dia telah meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya. Bolehkah saya mengerjakan haji menggantikannya?" Jawab Nabi: "Ya boleh! Kerjakanlah haji itu untuk menggantikannya! Bagaimana pendapat engkau, kalau kiranya ibu engkau berhutang engkaukah yang akan membayarnya?" Jawab perempuan itu: "Ya!" Kata Nabi: "Bayarlah, kerana hutang (kewajiban) kepada Allah lebih patut dibayar." |