Hadis Sahih Muslim No. 1965 Jilid 4 Topik adalah Hias 1965. Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a. katanya: "Apabila beliau diberi makanan oleh seseorang, beliau makan dan sebahagian lagi diberikannya kepada ku. Pada suatu hari beliau memberikan makanan yang tidak dimakannya kepada ku kerana di dalamnya ada bawang putih. Lalu ku tanya, "Apakah bawang putih itu haram?" Jawab beliau. "Tidak! Tetapi aku tidak suka kerana baunya." Kata Abu Ayyub, "Kalau begitu aku juga tidak suka apa yang Anda tidak sukai." |