Hadis Sahih Muslim No. 1964 Jilid 4 Topik adalah Hias 1964. Dari Jabir Ibnu Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu ketika aku sedang duduk di rumah ku, tiba-tiba lalu Rasulullah saw. Beliau memberi isyarat kepada ku lalu aku berdiri menemui beliau. Beliau memegang tangan ku (mengajak ku pergi bersama beliau). Kami berjalan hingga sampai ke rumah salah seorang isteri beliau. Beliau masuk dan mempersilakan ku pula masuk. Kerana aku masuk sampai ruangan dalam. Beliau bertanya kepada isterinya. "Adakah kamu sedia makanan?" Jawab mereka, "Ada." Maka dibawanya tiga buah roti lalu dihidangkannya ke hadapan Rasulullah saw. Beliau ambil sebuah lagi lalu diletakkannya ke tangan ku. Sesudah itu dipatahkan yang ketiga, separuhnya diambil oleh beliau dan separuhnya lagi diletakkannya ke tangan ku. Kemudian beliau bertanya. "Tidak ada sambal?" Jawab mereka. "Tidak ada apa-apa selain cuka." Kata beliau, "Bawalah kemari! Sambal cuka juga enak!" |