Hadis Sahih Bukhari No. 1962 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1962, Dari Aisyah r.a. ibu orang-orang beriman (isteri Nabi) bahawa Rasulullah saw. mengatakan, ketika beliau sedang sakit: "Suruhlah Abu Bakar solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Aisyah menjawab: "Sesungguhnya Abu Bakar apabila dia berdiri di tempat engkau (menjadi Imam), nescaya tidak akan kedengaran suaranya oleh orang banyak kerana tangisnya. Sebab itu suruhlah Umar solat (menjadi Imam)." Beliau berkata sekali lagi: "Suruhlah Abu Bakar supaya solat menjadi Imam bagi orang banyak!" 'Aisyah mengatakan kepada Hafshah, supaya menyampaikan (kepada Nabi): "Bahawa Abu Bakar apabila berdiri di tempat engkau jadi Imam), nescaya tidak akan kedengaran suaranya oleh orang banyak, kerana tangisnya. Sebab itu suruhlah Umar, supaya solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Lalu Hafshah melaksanakan anjuran Aisyah. Mendengar itu Rasulullah saw. berkata: "Sesungguhnya kamu serupa dengan perempuan-perempuan (yang menggoda) Yusuf! Suruh Abu Bakar, supaya dia solat menjadi Imam bagi orang banyak!" Hafshah berkata kepada 'Aisyah: "Saya tidak mendapat kebaikan kerana mengikuti anjuran engkau." |