Hadis Sahih Bukhari No. 1959 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1959, Dari Warrad setiausaha Mughirah r.a. katanya: Muawiyah berkirim surat kepada Mughirah, isinya: "Tuliskanlah untuk saya apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw. Lalu dituliskannya bahawa Nabi saw. pernah mengucapkan sesudah solat: "Tidak ada Tuhan selain Allah, Maha Esa dan tidak ada sekutuNya. Dia yang mempunyai kekuasaan dan pujian serta kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah! Tidak ada yang dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang bisa memberikan apa yang Engkau tegahkan. Tidak menolong berhadapan dengan Engkau kesungguhan orang yang bersungguh-sungguh. Dan disebutkannya oleh Mughirah dalam suratnya itu, bahawa Nabi melarang banyak perkataan begini begitu, banyak tanya dan membuang-buang harta. Beliau juga melarang durhaka kepada ibu, menguburkan anak perempuan hidup-hidup, kedekut dan suka meminta." |