Hadis Sahih Bukhari No. 1957 Jilid 4 Topik adalah Perintah 1957, Dari Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Nabi saw. mengambil suatu tempat di masjid, di dinding dengan tikar dari rumput. Beliau solat di situ beberapa malam, sehingga orang banyak datang pula berkumpul. Kemudian mereka tidak mendengar suara Nabi pada suatu malam dan mereka mengira Nabi telah tidur. Beberapa orang membuat bunyi supaya Nabi datang. Beliau berkata: "Kalau kamu tetap mengerjakan perbuatan yang ku lihat itu, aku cemas akan diwajibkan kepada kamu. Kalau telah diwajibkan, tidak lagi kamu kerjakan. Sebab itu hendaklah kamu solat (sunat) di rumah masing-masing, kerana solat yang paling baik dikerjakan dalam rumah sendiri, kecuali solat fardu." |